Tanda Serangan Jantung Yang Tidak Seharusnya Di Abaikan

Tanda Serangan Jantung Yang Tidak Seharusnya Di Abaikan – Apakah tanda serangan jantung yang selalu orang terlepas pandang atau ambil sambil lewa tetapi memberi kesan cukup serius kepada kesihatan diri?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda tentang tanda serangan jantung yang perlu anda tahu.

Tanda Serangan Jantung Yang Tidak Seharusnya Di Abaikan

Serangan jantung, juga dikenali sebagai infark miokard atau serangan koroner terjadi ketika ketika aliran darah ke jantung terhambat atau terputus secara tiba-tiba.

Ini sering disebabkan oleh penyumbatan pembuluh darah koroner yang membawa darah ke jantung.

Penyebab umum penyumbatan tersebut adalah pengumpulan lemak, kolesterol dan bahan lain di dalam pembuluh darah koroner, yang dapat menyebabkan pembuluh darah tersumbat atau pecah.

Jenis serangan jantung

Terdapat beberapa Jenis Serangan Jantung bermula dari peringkat yang ringan sehingga yang paling teruk.

1. Coronary Artery Spasm (CAS)

CAS atau dikenali sebagai Variant angina atau Prinzmetal angina akan menyebabkan anda berasa sesak dada dalam tempoh masa tertentu.

Puncanya adalah kerana penyempitan pembuluh darah di sekitar jantung. Punca lain yang memberi risiko kepada CAS termasuklah seperti tabiat merokok, stres berlebihan, penggunaan ubat-ubatan stimulan, dan terdedah dengan suhu yang sejuk.

CAS dikategorikan sebagai jenis serangan jantung umum yang ringan. Kebanyakkan mereka yang menghidap CAS tidak mempunyai risiko umum penyakit jantung seperti tekanan darah dan kadar kolesterol yang tinggi.

2. ST Segment Elevation Myocardial Infarction (STEMI)

STEMI adalah salah satu dari jenis serangan jantung yang paling kerap terjadi dan serius kerana darah terhalang untuk mengalir ke jantung dalam waktu yang lama.

Puncanya adalah penyumbatan secara penuh dan menyeluruh pada arteri koroner yang dapat mengakibatkan kerosakan pada sebahagian besar bahagian jantung.

Punca lain yang memberi risiko kepada STEMI termasuklah seperti hipertensi, tabiat merokok, diabetes, obesiti, genetik keluarga, dan kadar lemak dalam darah yang tinggi.

3. Non-ST Segment Elevation Myocardial Infarction (NSTEMI)

NSTEMI seakan-akan hampir sama dengan STEMI. Bezanya, NSTEMI tidak berlaku penyumbatan sepenuhnya dalam arteri dan oksigen dalam darah masih ada.

Tetapi NSTEMI juga dapat merosakkan pembuluh darah secara kekal.

Punca yang memberi risiko kepada NSTEMI termasuklah seperti tabiat merokok, diabetes, kurangnya aktiviti fizikalal, genetik keluarga, dan kadar kolesterol yang tinggi.

Tanda serangan jantung

Setiap orang mungkin akan mengalami tanda serangan jantung yang berbeza-beza. Namun antara tanda serangan jantung yang paling umum adalah seperti berikut:

1. Sakit dada

Sakit dada adalah Tanda Serangan Jantung yang paling biasa namun tidak ramai yang menyedarinya.

Sakit dada yang memicu kepada serangan jantung biasanya akan memberi rasa berat, sesak atau tekanan di dada.

Namun sekiranya, sakit dada berlaku semasa anda melakukan senaman, tetapi hilang apabila anda berhenti, itu lebih cenderung ke arah simptom angina.

2. Sakit perut atau senak

Sakit perut atau rasa terbakar di dada atau perut boleh menjadi tanda serangan jantung atau masalah lain yang berkaitan jantung.

3. Berpeluh dingin

Berpeluh selepas keluar dari sauna, pergi ke gim, atau ketika cuaca panas adalah perkara normal kepada setiap orang.

Tetapi berpeluh dingin atau sejuk tanpa melakukan apa-apa aktiviti atau faktor cuaca yang panas, itu mungkin petanda amaran yang berbahaya kepada kesihatan jantung anda.

Mereka yang mengalaminya akan menyebabkan kulit berubah menjadi pucat atau biru dan disertai dengan rasa lemah.

4. Sakit kaki

Sekiranya anda mengalami kekejangan di betis semasa berjalan, mungkin ia adalah salah satu dari gejala PAD (Pripheral Artery Disease).

Ia paling biasa perlaku kepada golongan perokok dan orang yang menghidap diabetes.

5. Sakit lengan

Pasti anda tertanya-tanya apakah kaitan antara tanda serangan jantung dan sakit lengan.

Pasti ada kaitannya. Jika sakit anda turun ke bawah lengan, terutamanya lengan kiri, atau ke leher yang menjadikannya lebih berkemungkinan berkaitan jantung daripada senak.

Jika ia tidak hilang, atau jika anda tahu anda Menghidap Penyakit Jantung dan telah menggunakan semburan GTN (glyceryl trinitrate) dua atau tiga kali tanpa kesan yang ketara, anda harus mendapatkan nasihat doktor.

6. Sukar bernafas dan pening

Jika anda berasa seperti baru sahaja berlari maraton, tetapi anda hanya menaiki tangga, itu mungkin tanda jantung anda tidak dapat mengepam darah ke seluruh badan.

Sesak nafas boleh berlaku dengan atau tanpa sakit dada, dan ia adalah tanda biasa serangan jantung senyap.

Ada kalanya simptom ini akan datang bersama rasa pening dan menyebabkan pengsan.

Walaupun ini boleh berlaku kepada lelaki dan wanita, adalah lebih biasa bagi wanita untuk mengalami sesak nafas.

Leave a comment